Rahsia Sembilan Lubuk Berapi

Antara rahsia besar dalam melakukan jimak yang dapat memuaskan isteri ialah merangsang satu persatu Lubuk Berapi hingga isteri inzal akibat rangsangan itu. Terdapat 9 Lubuk Berapi kesemuanya dan perlu diketahui bagi membolehkan suami memuaskan isteri terutamanya bila mahu melakukan jimak sebelum berpergian untuk beberapa lama. Ilmu jimak Melayu punya pendekatan yang istimewa. Lubuk Berapi yang menunggu gilirannya dicari. Yang patut digilirkan akan ‘angkat tangan’ menandakan ia adalah tempat yang perlu dirangsang pada ketika itu.


Tandanya ialah isteri seakan-akan terkejut apabila titik itu disentuh. Bila Lubuk Berapi ini ditemui maka rangsangan yang sesuai dan wajar akan dilakukan berterusan hinggalah isteri inzal kerananya. Kemudian penerokaan mencari Lubuk Berapi seterusnya dilakukan.

Terdapat 9 Lubuk Berapi yang berada di 3 Lubuk Nafsu. Ianya ialah:
1. Puting Payudara (Nafsu Badan)
2. Biji Purana atau Biji Keladi
(Nafsu Luar)
3. Titik Bayang (Nafsu Luar)
4. Titik Lazat Cita (Makam Atas,
Nafsu Dalam)
5. Titik Sanggul (Makam Atas,
Nafsu Dalam)
6. Titik Matahari (Nafsu Dalam)
7. Titik Bulan (Nafsu Dalam)
8. Titik Bumi (Nafsu Dalam)
9. Batu Meriyan (Makam Tengah) 3 Lubuk Berapi yang teratas dirangsang semasa Istimta, bermakna isteri akan inzal sekurang-kurangnya 1 kali di salah satu Lubuk Berapi ini. Merangsang Puting Payudara bagi menerbitkan inzal bagi Nafsu Luar lebih berkesan dan mudah jika isteri itu adalah gadis yang baru dinikahi. Walau begitu Lubuk Berapi ini masih boleh menerbitkan inzal jika di waktu itu nafsu isteri pada Nafsu Badan. Tandanya ialah isteri seakan terkejut bila Puting Payudara disentuh. 

Bagi Nafsu Luar pula, terdapat 2 Lubuk Berapi iaitu Biji Purana atau Biji Keladi dan Titik Bayang. Suami boleh menggunakan berbagai cara yang sesuai sama ada satu cara atau kombinasi cara untuk merangsang lubuk ini. Pada zaman dahulu orang Melayu menyarankan agar suami menggeselkan Gigi Zakar dan Ekor Pari ke kawasan ini secara berulang-ulang, atau menggesel serta menekan Biji Zakar ke atasnya hingga isteri inzal.Merangsang menggunakan ‘anggota yang serupa’ merupakan petua kuno.
Menurut disiplin kuno, suami haruslah merangsang isterinya menggunakan anggota yang serupa bagi menghasilkan kesan nikmat yang optima. Bagi Biji Purana atau Biji Keladi, ‘jodoh’ yang merangsangnya ialah Biji Zakar. Bagi Titik Bayang pula, Gigi Zakar dan Ekor Pari akan digunakan.  


Walaupun begitu, pada masa sekarang ramai lelaki akan merangsang kawasan-kawasan ini menggunakan jari-jemari, bibir, gigi atau lidah mereka. Secara umumnya ia boleh juga dilakukan dengan syarat suami perlu berhati-hati jangan merangsang Biji Keladi secara langsung menggunakan anggota selain hujung zakar kerana Biji Keladi amat peka dan jika silap rangsang ia akan menimbulkan rasa kurang selesa dan terasa ‘pedas’. Biji Purana atau Biji Keladi adalah Lubuk Berapi yang paling dikenali. Ia berada di atas Daun Keladi, sebagai mahkotanya yang sedikit tersembunyi. Bahagian yang zahir ialah satu putik kecil seakan-akan kepala zakar dan sebahagian darinya ditutup oleh Kulup
Keladi. Menurut pengetahuan moden, Biji Keladi ini adalah himpunan 8,000 urat saraf halus dan ia adalah merupakan Lubuk Berapi yang paling sensitif di tubuh seseorang wanita. Biji Keladi mempunyai fungsi seksual semata-mata. Ia akan menjadi besar, iaitu lebih panjang, bengkak dan lebih tegang serta lebih peka tatkala jimak. Walaupun ia jadi lebih besar, yang uniknya ialah Biji Keladi akan semakin menyorok di sebalik Kulup Keladi. Biji Keladi biasanya akan dirangsang dengan sentuhan semasa istimta. Ramai wanita yang sukar inzal menerusi dayungan jimak ke Nafsu Dalam akan lebih mudah inzal apabila Biji Keladi yang berada di Nafsu Luar ini dirangsang dengan cara-cara yang sesuai. 


Biji Keladi sebenarnya adalah bahagian hujung dari ‘zakar perempuan’.Ianya adalah hujungan dari Batang Keladi yang juga digelar Urat Jarum. Maknanya Lubuk Berapi ini adalah lebih besar dari yang dapat dilihat secara zahir. Urat Jarum atau Batang Keladi ini berada di sebalik permukaan dan ianya bersambung ke bawah hingga mengelilingi Pintu Faraj. Semasa dayungan ke Nafsu Dalam dilakukan, Batang Keladi ini akan diurut secara pasti oleh gerakan sorong-tarik zakar. Kerana itu, semasa jimak walaupun Biji Keladi tidak dirangsang secara langsung, Batang Keladi akan sentiasa terangsang. Walaupun begitu Batang Keladi ini kurang peka pada rangsangan berbanding Biji Keladi. Ini memerlukan kepala zakar khususnya Biji Zakar, Gigi Zakar dan Ekor Pari merangsang Lubuk Berapi yang berada di Nafsu Dalam ketika dayungan berlangsung bagi membolehkan isteri inzal berulang kali. 

Titik Bayang adalah Lubuk Berapi yang berada di atas dan di kiri kanan Lubang Kecing isteri melainkan di kawasan bawah Lubang Kencing. 

Titik Bayang akan menjadi kembang dan semakin keras jika ianya dirangsang dengan cara yang sesuai. Jika Titik Bayang dirangsang dengan lembut dan perlahan menggunakan Biji Zakar, Gigi Zakar dan Ekor Pari atau menggunakan jari dan lidah, maka isteri akan mencapai tahap nikmat yang hebat dan boleh inzal. 

Walaupun jarang berlaku, wanita boleh inzal hingga cecair maninya terpancut keluar melalui Lubang Kencing. Bila mengalami gempa inzal yang cukup bertenaga, sesetengah wanita akan memancutkan maninya keluar, banyaknya mani yang keluar ialah dari beberapa titik hinggalah ke beberapa camca besar. Kajian moden yang dilakukan ke atas cecair ini mendapati bahawa ia bersifat zat pahit (alkali) dan secara kimianya ia serupa dengan air mani lelaki. Saya catat di sini namanya sebagai air mani kerana ia keluar ketika kemuncak ghairah atau inzal sedangkan mazi keluar semasa ghairah. Mungkin ada yang keliru menganggap ia air kencing atau ‘isteri terkencing’. Ia bukan air kencing kerana unsur atau sifatnya berbeza. 

Sehingga kini Barat masih tidak mengetahui apakah fungsi air mani isteri yang terpancut keluar itu. Masa keluarnya yang agak lewat itu menandakan ia bukan untuk melicinkan saluran faraj kerana fungsi itu telah dijayakan oleh mazi yang keluar dari dinding-dinding saluran faraj dan faraj akan segera diselaputi oleh lapisan mazi yang tipis sebaik saja keghairahan isteri bermula. Dalam Kitab Hukum Jimak cecair yang keluar semasa inzal itu disebut sebagai Nisa’u Ibtida’u Rahim yang sifatnya ‘seperti telur ayam dalam perut ibunya’ dan ia bermanfaat untuk kesihatan lelaki, iaitu awet muda. 

Titik Lazat Cita sebagaimana yang dicatat dalam Kitab Hukum Jimak pula adalah Lubuk Berapi yang berada sekitar 2 hingga 3inci di dinding Makam Atas saluran faraj isteri. Titik Lazat Cita juga digelar sebagai Titik Dewi. Bila wanita menjadi ghairah, tisu yang mengelilingi Saluran Kencingnya akan kembung. Tisu ini serupa dengan tisu yang berada pada Batang Zakar lelaki. Kawasan yang paling membengkak ialah Titik Lazat Cita dan ia dapat dirasa menonjol dalam saluran faraj. Untuk merangsang Titik Lazat Cita, posisi jimak perlu sesuai. Kepala Zakar perlu ditusukkan ke Makam
Atas, dan Titik Lazat Cita boleh dirangsang jika isteri mengangkatkan kedua kakinya dan membengkokkan kedua kakinya itu hingga lututnya hampir dengan payudaranya. Titik Sanggul pula adalah Titik Berapi yang berada di Makam Atas juga tetapi jauh di dalam saluran faraj. Lokasinya ialah antara Batu Meriyan dan Makam Atas. Jika dirasa dengan jari, Batu Meriyan itu keras dan menonjol di hujung saluran faraj. Tepinya sebelah atas yang dapat dirasa bila jari dibengkokkan ke atas adalah Titik Sanggul. Rangsangan langsung ke Titik Sanggul yang dilakukan melalui tusukan zakar ke Makam Atas akan menghasilkan gempa inzal yang kuat. Berbeza dari Biji Purana yang menjadi geli setelah rangsangan ke atasnya mencapai inzal, rangsangan ke Titik Sanggul tidak akan menyebabkan ia rasa geli, dan ia boleh dirangsang seterusnya.

Batu Meriyan adalah Titik Berapi yang agak popular di kalangan orang Melayu zaman dahulu. Ia adalah daging keras membulat yang menonjol di hujung saluran faraj dan adalah merupakan pangkal rahim. Padanya ada lubang yang terus ke rahim dan melalui lubang inilah benih suami akan berenang menuju benih isteri sebelum berlaku proses persenyawaan lantas menjadi janin. Ada beberapa catatan dari sumber Melayu yang menyatakan bahawa Batu Meriyan ini mampu mencengkam kepala zakar lelaki, maksudnya kepala zakar boleh masuk ke dalam lubangnya dan tercengkam dan ini didakwa amat menikmatkan lelaki. Namun keadaan ini dikatakan boleh berlaku jika isteri telah melahirkan anak. Ada juga catatan lain dari sumber Melayu yang menyatakan bahawa dari Batu Meriyan ini boleh keluar apa yang dikatakan Zakar Perempuan. Rasanya adalah seperti rambut yang halus, dan ia dikatakan akan masuk ke zakar lelaki. Ia akan keluar jika isteri mencapai tahap keghairahan yang cukup tinggi. Tidak ada catatan seperti itu ditemui dalam ilmu jimak bangsa lain mahupun dalam seksologi moden. 

Tusukan yang dilakukan oleh Biji Zakar ke Batu Meriyan melalui Makam Tengah akan menyebabkan banyak mazi membasahi faraj walaupun jika wanita itu kurang responsif atau rendah nafsu jimaknya. Kerana itu disarankan agar Makam Tengah ini paling akhir dirangsang iaitu sebelum mencapai Inzal Agung iaitu inzal serentak suami isteri. 

Dalam ilmu jimak Melayu, Lubuk Berapi perlu dirangsang secara bergilirgilir satu demi satu bermula dari Nafsu Badan, kemudian Nafsu Luar dan akhir sekali Nafsu Dalam. Sekiranya pada satu hari itu suami sudah Istimta, isteri telah inzal di Nafsu Luar dan tibalah masanya untuk mula berdayung, lantas suami mencari Makam Lazat dengan menusuk ke makam-makam tapi mendapati isteri selamba dan tidak terkejut, maka suami akan kembali merangsang Nafsu Luar hingga isteri inzal di situ sekali lagi. Kemudian cari Makam Lazat sekali lagi. Jika berjumpa, teruskan dayungan ke Makam itu. Jika Makam Tengah yang memberi respon terkejut, suami boleh berdayung ke situ menggunakan teknik dayungan Selam Mutiara iaitu kaedah Anak Ayam Turun Sepuluh. Ini membantu agar isteri cepat inzal dan suami lebih tahan bila berdayung.


Mungkin timbul keadaan bila mana isteri selamba dan tidak menunjukkan respon yang diharapkan. Dalam keadaan ini, dipetuakan agar suami merangsang 3 Lubuk Nafsu sekaligus, iaitu berdayung sambil jari-jari merangsang Biji Keladi dan Titik Bayang, dan bibir mulut pula merangsang Putting Payudara. InsyaAllah isteri akan inzal dalam masa yang singkat.Dari siri soalselidik yang dilakukan di Barat, 2 dari 3 wanita mendakwa gagal untuk mencapai inzal hasil dari dayungan jimak. Ramai dari mereka ini mendapati bahawa hanya rangsangan ke Biji Keladi boleh menjamin mereka mencapai inzal. Ini bermakna bahawa ramai lelaki yang tidak tahu kewujudan Makam Yang Lima dan Lubuk Berapi di dalam faraj. Mereka melakukan jimak dalam posisi yang serupa tanpa menyusun sebarang strategi bagi mempercepatkan inzal isteri. Kajian yang telah dilakukan di Barat mendapati bahawa tiga suku wanita yang mengalami jimak dalam posisi berbeza-beza dan mendapat rangsangan di Lubuk Berapi akan mencapai inzal dari jimak itu. 

Bezanya, di alam Melayu ini para suami berpeluang untuk mendalami kaedah bagi merangsang isteri dengan berkesan hingga dia boleh inzal sebelum jimak dan apabila jimak akan inzal banyak kali, sebanyak yang dia mahu. Dan pendekatan ini dijayakan dengan mendalami dan mempraktikkan kaedah merangsang Tiga Lubuk Nafsu dan dayungan ke Makam Yang Lima dengan tumpuan kepada Lubuk-Lubuk Berapi. Kaedah merangsang Lubuk Berahi sesuai diamalkan oleh semua lelaki bersama isterinya sebagai usaha melaksanakan nafkah batin yang memuaskan. Kaedah ini amat berguna bagi para suami yang tidak begitu tahan bila berjimak, atau mengalami pancutan mani pra-matang, atau bila punya isteri yang sukar dipuaskan dengan dayungan jimak dan posisi jimak biasa.

Dapatkan MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI sekarang. Pastikan yg original daripada agen kami. 

MLTGA
Harga Asal RM 60.00

Semenanjung RM 50.00
Sabah/Sarawak RM 55.00

HARGA PROMOSI
SEMENANJUNG
2 Botol RM90
==
SABAH/SARAWAK
2 Botol RM100


Postage Percuma


Kami Pembekal SAH MLTGA 
No Pembekal : 016-2563976

No comments:

Post a Comment