Thursday 11 May 2017

VIRAL ARTIS : Sofi Jikan Nafi Ditangkap Kerana Ganja


Tidak mahu namanya terus terpalit dengan berita palsu, Sofi Jikan melalui Harian Metro menjelaskan bahawa gambarnya yang tersebar dan ditahan pihak berkuasa kerana mengambil ganja adalah tidak benar.

“Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis”

Click Link - www.wasap.my/+60162563986

“Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu,” jelasnya. Kesian juga dengar cerita pelakon ini, sudahlah dompet hilang, ada pula kisah tidak betul disebarkan.

Boleh bikin sakit kepala juga jika kehilangan dokumen pengenalan diri ini sebenarnya. Apa pun, semoga segala masalah Sofi Jikan dapat diselesaikan dan dipermudahkan segala urusan.


No comments:

Post a Comment