Monday, 9 July 2018

[TERKINI] Timbalan Menteri Rebah Jatuh Di Pentas Ketika Perhimpunan Di Putrajaya

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini.

Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.
.

Advertised By: MLTGA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan. Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.
Advertised By: MLTGA
Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Advertised By: MLTGA
Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.



Sumber: hmetro

No comments:

Post a Comment