Ujar Julia, sebagai anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada suaminya itu atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati.
“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.
“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap tindakan Saleem yang tidak membenarkan anaknya Syafiq menggunakan nama dan menyanyikan lagu dia.
Syafiq kini bergelar penyanyi.
Selain itu, Julia berkata, dia juga tidak mahu ada pihak lain yang mengambil jalan singkat dan mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Tambahnya, tindakannya menghantar surat amaran kepada pihak syarikat rakaman MVM Productions pada Rabu lalu adalah memberi kesedaran kepada mereka.
“Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.
“Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka,” ujarnya.
Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif.
“Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan bayaran yang murah,” ujarnya.
Syafiq Farhain baru sahaja muncul dengan single pertamanya berjudul Sayang Maafkan Aku yang sehingga kini mendapat lebih 2 juta kali tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 29 Jun lalu.
Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 23, merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini bertugas di Putrajaya.
=======
MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI Pastikan yg original daripada agen kami.
Sila WhatsApp
+6016-2563986
Abang E
TIPS CARA URUT
TEKNIK URUTAN ZAKAR
No comments:
Post a Comment