Pelik Anak Tak Nak Keluar Dari Dalam Rahim..Rupa-Rupanya|Ipar-ipar perempuan menganiaya dan meminggirkan saya. Bila pulang ke kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang. Tiada siapa nak berkawan atau bersembang dengan saya. Saya selalu cuba berkawan dan duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun dan masuk ke bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yang terpinga-pinga di luar dengan hanya dilihat mertua.
Mereka? Ya, bukan seorang tetapi semua adik
beradik perempuan suami. Mereka cemburu dan mahu saya tinggalkan abang/adik
mereka. Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua
nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam
diberikan kaki untuk sambut tangan saya.
Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya
jika balik pun telah diambil oleh mereka.
Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor.
Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya
disimpan dalam bilik itu. Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan
berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu?
Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.
Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka
mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat,
memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.
Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya
dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan
kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug
kipas dari luar. Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam
bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan
mereka marah.
Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup
susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa
menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank
suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.
Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami
banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa
yang disimpaikan anak-anak perempuannya.
Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik,
abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang
seorang pada suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Walaupun
suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di
rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila
suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.
Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang
semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya
halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim. Lagipun, jika
suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan
saya tidak akan pulang lagi.
Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada
banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita,
saya sedang mengandung anak kedua. Saya menangis seorang diri dalam bilik
kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang,
saya menangis tersedu-seduh. Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk
saya.
Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya
duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan
tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.
Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya
Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak
merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak
berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu
mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah
ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah.
Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya
mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa
bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. Dan sakitnya
apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak
berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu
dan sedar bila mereka berada di tempat aku.
Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah
dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu.
Saya juga terkejut sebenarnya.
1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak
pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang
masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri
hanya orang kampung yang datang. Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi
pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan
dekat sahaja.
2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang
layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami
benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan
barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.
3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak
lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik
dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.
Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk
hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami
dia dan saudara mara dia, kata saya pada suami.
Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami
pandang saya.
Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia
aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang
diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu
berada dalam keluarga ini, kata saya lagi. Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan.
Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak
cakap apa-apa.
Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya
bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar
lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak
keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar. Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar
saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak
bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang
keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.
Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik
macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke? mesej dari
suami.
Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan
dan terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik
ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.
Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan
anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya
Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan
rasa berdosa.
Info Minyak Lintah
Sila WhastApp: 016-2563986
Beberapa minit kemudian, suami mesej.
Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang
tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kena isteri
abang..
Saya balas, Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama
dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi
Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu
kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.
Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir
pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak
mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.
Kredit Eberita
Sumber : kitaviral.com
No comments:
Post a Comment