Friday, 31 March 2017

April Fool !!!


Teringat kisah 10 tahun lepas apa bila aku di bodohkan dengan satu panggilan misteri dari orang yang tak bertanggungjawab. Sampai hari ni aku kesal dengan tindakan bodoh pemanggil tu sampai aku hampir nak putus nyawa. Sebenarnya kelakar juga kisah ni tapi atas sebab peribadi aku jadi benci pada 1 April sebab ramai orang yang suka permaiankan dan terbawa-bawa konsep APRIL FOOL ni. Dari segi sejarah aku sebenarnya malas nak ambil tahu bagaimana kewujudan April Fool ni tapi apa yang aku baca menerusi internet ianya merupakan tarikh kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol. Mungkin kisah April Fool ni benar tapi aku malas nak mengulas lanjut sebab ingin menjaga sensitivity orang lain.

Berbalik cerita 10 tahun lepas. Masa tu aku baru berumur 18 tahun dan baru nak berjinak-jinak untuk mencari kerja. Kerja pertama aku selepas menamatkan SPM adalah di KFC. Biasalah bila tiba zaman remaja darah dan hati muda ni memberontak nak cari pengalaman kerja sendiri. Bila dapat gaji bukan nak menyimpan tapi habis dengan beli barang-barang gadget handphone dan komputer. Aku pulak memang minat dengan gadget komputer sejak dari dulu lagi. Boleh dikatakan setiap bulan gaji habis kat situ je.

Nak dijadikan cerita satu hari selepas balik kerja aku balik rumah macam biasa. Masa tu sebelum balik rumah singah Cyber Cafe jap citcat cari kawan baru. Motif aku pergi cyber cafe mesti nak bawa disket sebab nak save gambar-gambar dan maklumat yang aku dapat dari internet untuk dibaca semula di rumah. Masa nak ambik disket dalam beg aku terjumpa satu bungkusan plastik berisi serbuk putih. Adalah dalam 100 gram kot serbuk putih tu dalam plastik kecik. Aku pun pelik gak macam mana boleh ada plastik berisi serpuk putih ni dalam beg aku. Masa tu taklah cuak sangat sebab aku fikir mungkin ada budak-budak perempuan terletak bedak dalam beg aku.

Masa balik rumah tepat jam 8 malam aku dapat satu panggilan telefon. Nombor pulak aku tak kenal sebab aku tak save nombor tu dalam handphone aku. Aku angkat lepas tu satu suara garau dengan nada marah herdik aku kawkaw. Cuak gak tiba-tiba nak marah apahal setahu aku, aku tak pernah buat pekara tak baik dan melanggar undang-undang negara. Pastu pemanggil tu perkenalkan diri dia yang dia Polis dari Bukit Aman dan syak aku mengedar dadah kat budak-budak. Masa tu aku memang betul-betul cuak giler sebab aku tahu kesalahan mengedar dadah memang sadis. Pemanggil tu siap cakap diorang dah review CCTV kat cyber cafe dan nampak aku pegang dadah. Tanpa cakap sepatah aku terus matikan panggilan banggang tu. Masa tu tuhan je yang tahu perasaan aku ni. Dalam hati dah fikir dah sampai situ jelah hayat aku kat dunia ni.. terfikir macam mana aku nak sara keluarga aku nanti kalau aku kena hukuman gantung sampai mati.


Lepas 30 minit pemanggil tu call lagi dan cakap diorang dalam perjalanan ke rumah aku dan nak tangkap aku masuk jail. Aku pulak dah terketar-ketar ye lah pertama kali kena tuduh mengedar dadah mana tak cuak. Sampai menangis-nangis la aku dibuatnya tergamam dengan tuduhan tak berasas ni. Masa tu juga aku bagi tahu mak aku tentang panggilan dari pihak polis tu. Mak aku pun pelik gak tengok bungkusan tu macam mana boleh ada dalam beg aku. Sebelum polis tu nak sampai rumah aku mak aku siap marah aku lagi sebab tak jaga beg baik-baik sampai orang aniaya aku macam ni. Mak aku tak puas hati  terus call balik nombor tu. Bila dia angkat rupa-rupanya diorang tu semua member aku yang nak menyakat aku untuk hari April Fool. Mak aku siap marah budak-budak tu semua sebab melampau sangat nak menyakat orang dan kawan-kawan aku tu semua minta maaf dengan cara baik.

Bila dapat tahu yang aku telah di April Fool terus darah tinggi aku naik dan pergi maki hamun diorang semua. Ambik kau kena serangan leter mulut aku pulak haha.. Kalau nak diingatkan balik memang sakit hati bila dituduh macam tu. Yelah dadah bukan bahan mainan salah masuk perangkap boleh kena humban dalam penjara dan kena tali gantung. Siapa tak sayang nyawakan. Tu dah kira hidup dan mati je dalam fikiran. Selang sehari masa aku pergi kerja budak-budak tu semua dengan muka malu pergi minta maaf dan diorang semua belanja aku makan malam. Itulah siapa suruh ikut sangat gejala April Fool ni tak pasal-pasal kena belanja aku makan pulak haha..


Info Minyak Lintah 
Sila WhastApp: 016-2563986




PS : Nak tanya seronok ke kenakan orang time April Fool ni?.. bagi pendapat aku kalau boleh janganlah nak kenakan orang sebab kalau salah langkah nanti diri sendiri balik yang terkena… 🙂

PELIK ANAK TAK NAK KELUAR DARI DALAM RAHIM RUPARUPANYA

Pelik Anak Tak Nak Keluar Dari Dalam Rahim..Rupa-Rupanya|Ipar-ipar perempuan menganiaya dan meminggirkan saya. Bila pulang ke kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang. Tiada siapa nak berkawan atau bersembang dengan saya. Saya selalu cuba berkawan dan duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun dan masuk ke bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yang terpinga-pinga di luar dengan hanya dilihat mertua.


 Mereka? Ya, bukan seorang tetapi semua adik beradik perempuan suami. Mereka cemburu dan mahu saya tinggalkan abang/adik mereka. Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya.

Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya disimpan dalam bilik itu. Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.


Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.

Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar. Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah.


Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.
Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya.

Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.

Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim. Lagipun, jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tidak akan pulang lagi.

Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sedang mengandung anak kedua. Saya menangis seorang diri dalam bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh. Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. 

Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.


Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah.

Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku.

Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.

1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yang datang. Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.

2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.

3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.

Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami dia dan saudara mara dia, kata saya pada suami.
Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya.

Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu berada dalam keluarga ini, kata saya lagi. Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa.

Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar. Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.

Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke? mesej dari suami. 

Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.

Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.


Info Minyak Lintah 
Sila WhastApp: 016-2563986

Beberapa minit kemudian, suami mesej.
Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kena isteri abang..

Saya balas, Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi

Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.

Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka. Kredit Eberita



Sumber : kitaviral.com



Adi Putra Sahkan Ceraikan Kedua Isterinya


Selepas melalui pelbagai kontroversi dalam rumah tangga, akhirnya Adi Putra menerusi satu posting yang baru dimuat naik telah menjelaskan bahawa beliau telah bercerai dengan kedua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly. Penjelasan itu sekaligus menjawab segala teka-teki mengenai status rumah tangga pelakon itu.



“Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi”

“Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih,” tulisnya di akaun Instagram selepas desas-desus pergolakan rumah tangga beliau tempoh hari.


Info Minyak Lintah 
Sila WhastApp: 016-2563986

Manakala baru-baru ini pula, ada laporan mengatakan Adi telah membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan isteri pertamanya pada awal Mac lalu. Hasrat itu bukanlah kali pertama berlaku, malah jelasnya lagi keputusan itu telah dibuat secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Terdahulu Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2006 dan telah dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga. Manakala pada Jun lalu, Adi telah berkahwin sekali lagi dengan Shahida. Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila Aida tidak mengetahui perkara itu.






Sumber : ROTIKAYA

Tanda-tanda suami lemah tenaga batin



Untuk mengetahui tanda-tanda lemah tenaga batin seseorang lelaki itu, seelok-elaoknya marilah kita perhatikan apakah yang berlaku semasa peroses erektil. Proses ereksi adalah proses dimana apabila zakar seseorang lelaki terangsang akan bertukar dari keadaan lembik kepada keadaan tegang dan tersedia untuk melakukan hubungan jenis dengan pasangannya.

Untuk memahami apa yang menyebabkan berlakunya lemah tenaga batin atau mati pucuk, penting untuk kajian pertama dilakukan untuk mengetahui bagaimana proses ereksi berlaku. Bagi seorang lelaki proses ereksi merupakan satu proses yang kompleks berlaku di dalam badan. 



                  
Ereksi melibatkan sistem saraf pusat, sistem saraf periferal, faktor-faktor psikologi dan yang berkaitan dengan tekanan, faktor-faktor tempatan dengan badan-badan atau ereksi zakar itu sendiri, dan juga hormon dan komponen vaskular (aliran darah atau edaran). Bahagian zakar dimana proses yang membawa kepada ereksi mewakili hanya satu komponen tunggal.

Ereksi berlaku sebagai tindak balas terhadap sentuhan, bau, pendengaran dan rangsangan visual yang mencetuskan impulse elektrik di dalam otak. Maklumat bergerak dari otak ke pusat-pusat saraf di pangkal tulang belakang, di mana gentian saraf utama menyambung ke zakar dan mengawal aliran darah semasa ereksi dan selepas itu.

Rangsangan seksual menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada saraf pada zakar yang mencetuskan satu siri peristiwa yang akhirnya menyebabkan kelonggaran otot semasa ereksi zakar. Kelancaran otot-otot dalam badan-badan semasa ereksi mengawal aliran darah ke dalam zakar. Apabila otot relaks, aliran darah secara mendadak meningkatkan, dan ereksi menjadi penuh dan tegar, itulah yang menyebabkan ereksi.


Jika satu atau lebih daripada proses fizikal dan / atau psikologi di atas terganggu, lemah tenaga batin boleh berlaku. Di fungsi erektil menggambarkan ketidakupayaan untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar lelaki yang mencukupi untuk melakukan hubungan.

Secara umumnya, punca lemah tenaga batin dibahagikan kepada 2 jenis. Ramai lelaki akan mempunyai kedua-dua sebab ini iaitu psikologi (mental) dan fizikal atau organik (yang mempunyai kaitan dengan organ tubuh badan atau sistem organ).

Tanda-tanda merujuk kepada lemah tenaga batin.

1. Suatu ketika dulu sebelum aku disahkan mengidap penyakit leukemia CML, pada suatu hari tetiba saja zakar aku terus lembik tak sampai satu minit bersama isteri aku. Puas aku cuba pelbagai cara untuk kembalikan keteganganya namun ia tetap gagal. Selepas seminggu rawatan di hospital, zakar aku sudah menunjukkan peningkatan keaktifan yang cukup ketara. Kualiti dan komposisi darah yang betul dan stabil adalah penting dalam memastikan kesihatan tenaga batin lelaki.

2. Ada juga sesetengah lelaki yang mengalami masalah cepat pancut. belum pun ape-ape dengan isterinya ia sudah pancut. Kemudian zakarnya lembik dan tak nak keras lagi dah. Situasi ini mungkin ada kaitan dengan aktiviti onani yang dilakukan olehnya diwaktu zaman remajanya menyebabkan saraf dan otot-otot zakarnya gagal untuk kekalkan keteganan sepatutnya.

3. Zakar menjadi lembik dan tak mampu melakukan senggama. 






                 

Info Minyak Lintah 
Sila WhastApp: 016-2563986

Sebab-sebab fizikal lemah tenaga batin.

Dalam kebanyakan kes, mati pucuk adalah disebabkan oleh sesuatu berbentuk fizikal. Sebab-sebab biasa lain termasuk:

1. Penyakit jantung

2. Saluran darah tersumbat (aterosklerosis)

3. Kolesterol tinggi

4. Tekanan darah tinggi

5. Diabetes

6. Obesiti

7. Sindrom metabolik - keadaan yang melibatkan tekanan darah, tahap insulin yang tinggi, lemak badan di sekitar pinggang dan kolesterol tinggi

8. Penyakit Parkinson

9. Multiple sclerosis

10. Testosteron yang rendah

11. Penyakit Peyronie - pembangunan tisu parut di dalam zakar

12. Pengambilan Ubat-ubatan tertentu

13. Penggunaan tembakau

14. Penagih arak dan lain-lain bentuk penyalahgunaan dadah

15. Rawatan untuk kanser prostat atau prostat membesar

16. Pembedahan atau kecederaan yang menjejaskan kawasan pelvis atau saraf tunjang


Sebab-sebab psikologi lemah tenaga batin.

Otak memainkan peranan penting dalam mencetuskan siri peristiwa fizikal yang menyebabkan ereksi, bermula dengan perasaan keseronokan seksual. Beberapa perkara yang boleh mengganggu perasaan seksual dan menyebabkan atau memburukkan lagi mati pucuk. Ini termasuk kemurungan, kebimbangan atau lain-lain keadaan kesihatan mental, masalah hubungan disebabkan oleh tekanan, komunikasi yang lemah atau kebimbangan lain.