Thursday, 28 September 2017

Khidmat Urutan Tenaga Batin - Kota Baharu [Whatsapp: 019-2289094]


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, 

Anda mengalami masalah tenaga batin ? Kami menyediakan khidmat urutan Tenaga Batin khusus kepada lelaki atau para suami.

Pakej yang kami sediakan seperti :
  • Urut Badan/Tubuh (1jam 30minit)
  • Urutan Strok
  • Terseliuh Urat 
  • LEMAH TENAGA BATIN. 

Lokasi Premis


Ini adalah satu kaedah urutan bagi lelaki yang inginkan alat sulit mereka mantap setiap masa, orang lelaki di luar sana disyorkan untuk mendapatkan rawatan ini sekali setiap bulan secara konsisten bagi menjamin kesihatan batin anda mantap berkekalan.



Pelanggan juga akan di urut dengan menggunakan Pati Minyak Lintah Gunung Asli iaitu MLTGA Oil Plus bagi mendapatkan kesan yang lebih bagus. 

Minyak MLTGA ini juga sesuai untuk lelaki yang mengalamai masalah seperti :
1]. ZAKAR Tunduk KeBawah (Patah Tandan).
2]. ZAKAR Bengkok.
3].Memperbetulkan Urat-Urat ZAKAR Yang Tersumbat.
4]. Melambatkan keluar mani


MEMANG POWER!! MEMANG POWER!! 
MEMANG POWER!!

KHASIAT LAIN
1]. Merawat Penyakit Strok.
2]. Lumpuh.
3]. Sakit Pinggang @ Lenguh-Lenguh.
4]. Mengembalikan Kesegaran Pada Urat Sarat dan Melancarkan Peredaran Darah.



Pati minyak urutan turun temurun. INSYAALLAH selamat dan tiada sebarang kesan sampingan. Di rumus secara tradisional bagi merawat masalah saiz ZAKAR dan mengawal Ejakulasi Pra-Matang. Besar, Teguh dan Berkuasa, Membesarkan, Memanjangkan, Mengawal Ejakulasi Pra-Matang Tegang dan Kuat.

Bila sebut Pati Minyak, ianya tentulah ASLI dan tidak dicampur dengan sebarangan bahan-bahan yang lain. Jadi keTULENannya menjadikan dia efektif dan sering menjadi Sebutan ramai bagi mereka memerlukannya.



Pati Minyak Lintah bukan sahaja untuk merawat KELAKIAN anda, tapi memperhebatkan lagi Kejantanan Anda Diranjang. Kehebatan anda ini bakal mengubah fenomena kasih sayang isteri anda terhadap anda.

Penggunaan Urutan Menggunakan Pati Lintah - ini sangat baik dan anda boleh mengawal waktu ‘PERMAINAN’ sebaik mungkin. Serapan dari Pati Lintah ini membetulkan semula kedudukan Salur-Salur Darah dan Saraf-Saraf yang SENSITIF.



Pernahkan si isteri berkata begini 
" Kenapa 5 Minit Jeee "


Jangan malu2 Ramai sebenarnya ada problem macam tu,tapi jangan sampai menjejaskan malam bro. 

Dengan BERITA BAIK ini Jom rancakkan balik malam kita!

Call/Whatsapp kami
+6019-2289094
Ingin wasap kami sila klik sini

Kami sedia membantu anda. Dengan Teknik Urutan 100% menggunakan Minyak MLTGA dan sebanyak 3x anda mendapat khidmat kami, InsyaALLAH masalah anda sebelum ini akan selasai. 


Kat mana nak beli ?

Pusat Urutan Ehsan juga merupakan Stokis Tunggal di Kota Baharu, Sambil mendapat khidmat urutan kami anda juga boleh membeli untuk stok sendiri dan juga kepada yang ingin menjadi pengedar kami juga menyediakan Peluang Bisnes untuk anda.

Call/Whatsapp kami
+6019-2289094
Ingin wasap kami sila klik sini

Bagi Kawasan Kuala Lumpur
sila Wasap : 016-2563986




Wednesday, 20 September 2017

[Novel} Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda


Kisah suami isteri ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu. Aku ambil cerita ni dari page Karyawan Bisu, lalu aku tempekkan di page Segala Ceritera, lantas mendapat perhatian kebanyakkan pengguna Facebook, siap tag nama insan tersayang lagi.

Dan aku terbitkan sekali lagi kisah suami isteri ini untuk renungan kita bersama, yang baik diambil, yang buruk harap dijauhkan.
Alkisahnya suami isteri bermula, tadaaaa ~


********************************************************


Ada yang bertanya “Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?”

Bohonglah kalau saya kata “Tak”



********************************************************


Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.

Siap berkemas kami bertolak.

Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.

Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.

Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.

10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.

Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.

Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.

“Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok..”

“K..” Jawabnya mengambil suku kata belakang

Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. ‘Bebas’ je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii…..

Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.

“Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi” kata saya menarik kakak

Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.

Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.

“Dah ke Sayang..?” Soal saya sebaik berjumpanya

“Yang ni je Abang..”

Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.

“Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?” Sambungnya lagi

Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.

“Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar..” Lapor saya meminta simpati


“Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar..”



Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.

Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.

“Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah..”

“Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti..”

Saya diam.

Membisu.

Tak kata apa-apa.

Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..


“Hmmmmmmmhhhhhhhh..”


Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.

“Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik..”

Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.




Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.

Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.

Kesian. Memang kesian.


Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..


Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.


Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..

“Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!”


Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.


“Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah..”

Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.


Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.


Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.


Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..


Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.



Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.


Saya teringat kakak.


Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.

“Di..”

Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.

“Apa yang telah aku buat ni..” Rintih saya separuh menangis

Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.

“Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni..”

Saya buntu.

Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.

Bertenang.


Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.


Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.

“Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak..”


Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..


Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.


Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..


Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.


“Abang.. Jom balik..” Isteri saya bersuara.


Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.


Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.


“Jom, kita cari pampers new born baby..”


Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.


Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.


Selesai semuanya, barulah kami pulang.

Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..


“Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas ‘kekasaran’ yang Abang lakukan tadi..”

Saya kucup tangannya.

Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.



********************************************************


Aku baca balik kisah suami isteri ni, memang tak pernah boring, sebab sebagai seorang lelaki, aku tahu, terkadang melayan kerenah isteri perlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Marah itulah yang perlu dikawal, biarpun terkadang terlepas, tetapi biarlah marah kerana Allah.

Isteri pun sama, belajarlah memahami suami, andai ada sesuatu yang kurang menyenangkan, tuturlah dengan nada keibuan. Ingat, “tutur”, bukan “membebel”, whoaa ~

Kalau dah gaduh pun, biarlah gaduh sekejap, ambil masa tenangkan hati, saling bermaafan, dan anggaplah tiada apa yang berlaku. Sebagai suami isteri, kenalah bertoleransi antara satu sama lain.

Nak bina mahligai ke syurga sebenarnya mudah, tetapi banyak dari kita yang menyusahkannya.


Yang dorang tahu, syurga malam jer, Whoaa~





Dapatkan MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI sekarang. Pastikan yg original daripada agen kami. 


BERTINDAKLAH SEKARANG



Monday, 18 September 2017

Luahan Isteri Tersiksa Batin Zakar Suami Kecil



"Anu dia kecil. Batin Saya Tak Puas Bila Bersamanya.." | Berikut merupakan luahan seorang isteri yang menderita akibat alat sulit suaminya kecil sehingga batinnya tidak puas bila bersama.

Assalamualaikum ustaz.

Macam ni ustaz. Sekarang ni saya tak tau nak buat keputusan. Saya ingin menuntut cerai dengan suami saya, tapi dia ugut saya macam-macam!! Dia minta kat saya RM10,000 bila saya dah bagi baru dia akan lepaskan saya?

So sekarang ni saya tak tau nak buat keputusan macam mana. Saya nak bercerai sebab saya dengan dia selalu bergaduh.

Lagi satu batin saya tak puas bila bersama dengan dia sebab dia punya kecik. Dia ramai perempuan, main nombor dan main judi.

Kalau boleh saya ingin minta nasihat dari ustaz apa yang patut saya buat?

~ Putri.



Jawapan:

Lama Ustaz Love mengambil masa untuk memikirkan macam mana nak menjawab persoalan ni. Biasanya seorang wanita itu masih boleh memaafkan seorang lelaki yang melakukan maksiat seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, namun amat jarang seorang wanita itu mampu untuk memaafkan seorang lelaki yang curang kepadanya. Bila disebut kaki perempuan, bermakna suami itu seorang yang curang dengan ramai perempuan. Sikap suka berfoya-foya dengan perempuan ini merupakan tabiat yang paling susah untuk ditinggalkan, kerana dalam kehidupan seorang lelaki, nafsunya lebih memfokus kepada keperluan nafsunya yang melibatkan wanita. Berbanding wanita yang nafsunya lebih memfokus kepada kebendaan, makanan yang sedap dan sebagainya. Sebab itu wanita tak cerewet sangat dalam memilih pasangan hidup, berbanding lelaki yang kalau boleh nak diselidik luar dalam sebelum memutuskan untuk mengambil seorang wanita sebagai isteri. Kalau boleh nak isteri yang cantik dan berkulit cerah, walaupun beliau sendiri seorang yang gelap dan hensem sikit daripada Doraemon.



Bagi Ustaz Love, puan mungkin tak dapat nak menerima kehidupan sosial suami yang suka berfoya-foya itu. Jadi, puan cuba mencari segala kelemahannya yang lain sebagai penguat hati dalam membuat keputusan untuk bercerai. Salah satunya dengan mengambil kelemahan fizikalnya sebagai sebab.

Apa punca yang selalu bergaduh tu, Ustaz Love pun tak pasti. Cuma biasanya bila seorang isteri itu tak dapat kepuasan batin, kepalanya akan jadi berserabut. Orang tua kata air tak lepas. Jadi, ia menyebabkan perkara-perkara lain yang remeh-temeh pun boleh dijadikan punca untuk bergaduh. Macam orang tengah sakit gigi, walaupun yang sakit itu giginya, tetapi beliau tak boleh tahan kalau orang bising-bising tepi telinganya (walaupun telinganya sihat walafiat). Ada kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan 2 faktor utama iaitu kewangan dan kepuasan nafsu.



Apa pun, puan kena banyak bersabar dulu dan cuba mencari jalan untuk memulihkan masalah ini. Kepuasan batin itu sebenarnya bukan semata-mata datang dengan barang yang besar. Saiz orang Asia ni memang comel-comel saja. Tak boleh la nak dibandingkan dengan saiz orang Afrika. Dan menurut seorang pakar sakit tuan, kepuasan itu biasanya didapati melalui teknik dan cara bagaimana seorang suami itu memuaskan isterinya, dan bukannya bagaimana besarnya barang suaminya itu. Kalau besar macam barang kuda sekalipun, tapi cepat kalah, masih lagi boleh dipertikaikan kemampuannya.

Begitu juga dengan isteri, bukannya isteri yang berbarang besar saja yang akan memberikan kepuasan kepada suami, sebaliknya ia banyak bergantung kepada layanan isteri itu sendiri sama ada nak menjadi heroin atau sekadar menjadi pak pacak.

Variasi teknik dan kaedah permainan itu sendiri sangat penting dalam perhubungan suami isteri. Tak perlu la Ustaz Love nak terangkan panjang lebar kat sini. Nanti jadi kitab “Permata Yang Hilang” versi baru pulak nanti. Ilmu ini boleh diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidangnya. Nak tanya kat mak pun boleh kalau tak malu. Hihi.


Bukanlah Ustaz Love nak menghalang puan bercerai, tetapi Ustaz Love nak puan sedar bahawa implikasi perceraian itu sendiri sangat besar. Jika puan sudah bersedia untuk menerima ujian hidup bagi seseorang yang berstatus janda, itu tak menjadi masalah. Setakat RM10,000 tu boleh saja buat loan dengan bank ke. Tapi, ada perkara yang kita tak mampu nak nilai dengan duit, iaitu kebahagiaan.

Sebelum puan membuat keputusan yang lebih nekad, sebaiknya puan berbincang dengan suami elok-elok. Jangan ikutkan sangat darah muda tu. Banyakkan bersabar. Jika perbincangan berdua tak mampu nak selesaikan masalah, puan libatkan sekali pihak ibu bapa. Biar mereka pula berikan pandangan dan nasihat. Kadang-kadang ibu bapa ni malas nak campur hal rumahtangga anak-anak sebab takut dikatakan suka menyibuk, suka jaga tepi spender dan sebagainya. Jika diminta nasihat daripada mereka, insyaAllah mereka rela saja memberikannya.


InsyaAllah, bila masalah komunikasi antara puan suami isteri dapat diselesaikan, banyak masalah dapat diselesaikan juga. Kalau tak dapat nak berkomunikasi dengan baik, macam mana nak selesaikan masalah, ye tak? Mungkin nanti suami akan cuba berubah dengan meninggalkan tabiat buruknya dan cuba sedaya upayanya untuk memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada isterinya walaupun senjatanya kecil.

Dan yang paling penting, puan kena banyakkan berdoa. Jaga betul-betul solat fardhu dan banyakkan solat sunat serta bersedekah, insyaAllah masalah puan akan selesai. Solat itu sendiri adalah merupakan benteng daripada segala kejahatan dan doa itu adalah senjata. Jika puan menjaganya dengan baik, insyaAllah puan akan diberikan kebaikan dalam hidup.


Sila Tonton Video


Dapatkan MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI sekarang. Pastikan yg original daripada agen kami. 

BERTINDAKLAH SEKARANG


Sunday, 17 September 2017

[VIDEO] Punca SEBENAR KES Kebakaran Tahfiz! KRONOLOGI & Sidang Media Ketua Polis KL telah terjawap



KUALA LUMPUR 16 Sept. - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun ditahan polis pada pukul enam petang semalam sehingga pukul 2.30 pagi tadi.

Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.



Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.

"Motif mereka adalah untuk membakar, sebab usia mereka dan kematangan mereka tidak tahu daripada perbuatan mereka akan berlakunya kematian.

“Suspek dipercayai mengangkat dua tong gas dari tingkat bawah ke tingkat tiga bangunan tahfiz tersebut sebelum memulakan kebakaran menggunakan sejenis bahan pembakar,” katanya

Jelas Amar Singh, punca remaja terbabit melakukan perbuatan khianat itu adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek-suspek dan pelajar pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Amar Singh berkata, dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menurut beliau dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.

Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan

Dalam tragedi awal Khamis lalu 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban apabila terperangkap dalam kebakaran. Kesemua mereka selamat disemadikan semalam.

Insiden yang mengemparkan seluruh negara itu ditangisi oleh semua lapisan masyarakat.- UTUSAN ONLINE



Dapatkan MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI sekarang. Pastikan yg original daripada agen kami. 


BERTINDAKLAH SEKARANG